Thursday, April 30, 2009

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM – IDAMKAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terus melangkah ke hadapan dengan menjadikan kegagalan sebagai pengalaman.
Entry kali ni... KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Emmm.. sebenarnya dalam hidup kita ni, bagi yang muslim, Allah tetapkan sejak dari Lauhul Mahfuz. Tapi, dalam hidup ni, kita ada pilihan. Dan sememangnya kita kena memilih... Cuma, kadang-kadang kita terlalu ghairah dengan setiap pilihan yang kita dae.. Apepun elokla kiranya kita kembali pada Al-Quran dan Sunnah.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
-Surah al-Baqarah ayat 216-

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
-Surah al-Baqarah ayat 286-

RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”
-Surah al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekutan-kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”
-Surah al-Imran ayat 200-

1 comment:

.:Y.A.N.I.E:. said...

"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"