Tuesday, December 23, 2008

Buat tatapan bersama... Renungan utk Diriku n Dirimu






"Jadilah yang tebal itu IMAN,yang nipis itu LIDAH,yang tajam itu AKAL,yang lembut itu HATI,yang ringan itu SOLAT,yang halus itu ILMU dan yang manis itu SENYUMAN..."

Monday, December 15, 2008

Saat-saat di Hospital

Salam.. Selamat Hari Raya Aidil Adha..
Dah lama tak update blog ni..
Sekarang ni mie tgah training Oracle kat PJ.. Emm direct 1 week kat sini..
Last week training Triple Play kat MMC KL.

Sebelum tu, mie tak sempat nak update blog...
3 hari kena tahan kat hospital, sememangnya memenatkan wlupun hakikatnya berehat..
Penat sebab tak dapat mandi macam biasa, acond pun teramat kuat.. (lebih kuat dari acond ofis yg sememangnya tak taula brapa watt sebab centralized.. haha...)

Alkisahnya pagi tu memang tak tahan sangat2..
Malam takleh tdo.. Siang malam semua muntah.. makan ape2 pun takleh lgsg, kuar balik.. Dah 2 hari bertahan, tp ubat2 yg telah doc bg sebelum tu, lgsg tak jalan.. tak tau kenapa..
So, pg2 esok, decide g TSH kat Jalan Pahang.. Dugaan betulla..
Tgah nak sampai hosp pun, still vomitting.. Kuar dari keta pun sama gak..
Last sampai kat bilik doc, doc trus cakap kena admitted sebab berat badan turun almost 19kg within 2weeks.

Kesihatan baby..
Syukur sgt2, baby sihat.. Abgla org paling happy masa doc scan tu. heartbit and etc yg nampak... ade doc print, nantila next time mie upload.. Usia baby masa tu 10w 3d.

Emm pastu admitted la.. Huhu.. sakit sgt sebab urat kecik coz dlm badan tak cukup air.. Setelah 3 nurse tak berjaya ambik darah, maka datangla yg senior pulak.. Boleh, tp tukar tangan kanan pulak.. Memang sakit... Dulu pernah kena masuk drip tapi tak sesakit kali ni..
Rupa2nya yg dimasukkan bukanlah drip air, tp ubat dan vitamin..
Sebab tulah sakitnya..
Tangan n lengan pun memang gemuk sepanjang 3 hari kat sana..

Makan kat sana, ok... kategori sedap... siap ada filet o fish, sweet sour and etc..
Ikut menu yg kita pilih masa staff btugas dtg bilik.. Tapi, abg kena abiskan, sebab mie tak brapa selera nak makan...

TDO? Emm camtula... Sekejap lena sekejap tak... Mgadap tv n majalah yg disediakan jela... Abg pun ada, tdo kat sofabed sebelah.. Bl nak g toilet, abgla yg kena tolak tiang drip tu.. Haaahaa... Pagi2 pun abgla yang bantu lapkan badan, semua2la... takleh cite semua... Hehehe...

Syukur, doc n nurse mmg selalu ada kat bilik.. Pendek kata setiap sejam, ade yg akan dtg tgok kita..
Pastu yg lain cam biasalahh... Yang penting, discharge kul 2pm, sebelum Hari Raya Haji..
Taknak raya kat hospital..

Ok nanti mie sambung lg... Training dah nak start japgi...

Monday, November 10, 2008

Cetusan

Arini rasa loya je...
Dah seminggu lebih tak lunch...
Emmmm entahlah...Kena bersabar..
Pagi td abang anta lg sampai ofis...
Balik ni wallahua'lam..
Sekarang ni, waktu lunch, tapi tak lunch... coz takleh bau kafe... nak muntah lg..

Sabtu, mie rehat je kat umah.
Sambil basuh baju2 keje abg n mie.
Yg lain, abg dah basuhkan dah.. Tinggal yg 'fragile' n 'white' je mie basuh.. Haahaaa

Sabtu malam, mie n hubby n kwn2 hubby g wedding abg ajai, kat Jln Ampang. Nma tempat tu, "Kg. Pengantin". Majlis start 8.30.

after register, nama we all kat table 23..
nak jd crita, ada kawan2 abg yg patutnya duk 1 table dgn kami tak dtg, so bykler mknn lebih..
Hehe... mknn pun ok jer, syukurla rezeki aritu..
Mie tak makan sgt pun. just terus makan desert je.

Ke Dapur????Sabtu n ahad pun hubby yg byk kat dapur.
Pg semalam g pasar dato' keramat..
Sampai sana, ujan lebat sgt..

Emm nasib baik ader abang. dia yg belikan semua2. abg cakap ni 1st time dia g pasar seumur hidup untuk belikan lauk2 mentah untuk umah sendiri.
Sebelum ni ada beli ayam, tp kat tesco, giant, c4... itu je.. tak penah g pasar.
Takpela, at least abg willing to do..
Lunch semalam abg yg masak.. Mie cuma masak sayur je. Sebab sayur tak de bau..
So, mie takdela rasa loya..

Seronok tgok abg buat keje dapur.
cepat pulak tu..
Dia siang ikan lg cepat berbanding mie...
Huhu..
Pastu kami makanla...

Mie makan dlm 4 suap je, pastu takleh dah...
Alamatnya abgla yg abiskan lauk, taknak membazir katakan...
cuma simpan sikit utk dinner nanti.
Heheeh..
Terima kasih abg sebab memahami keadaan diri ni..


Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

~Author Unknown~

Thursday, November 6, 2008

Syukur....

Salam..
Dah lama tak post new entry kat sini..
Emm entahla...
Lately tak sempat + malas nak type.
Hehehe
Bl diimbau kembali zaman2 dulu, ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita berduka..
Sama macam sekarang...
Cuma beza 1 je, kena pandai kawal diri.. huhu

Badan macam tak berapa sihat.
Dah 2 minggu dah hubby anta dtg ofis, kadang2 kesian juga kat dia..
04 nov 2008 aritu g Klinik Menara kat Tgkat 26...

Emm syukur sgt bila doc bgtau smthing..
Pastu mie trus sms hubby.
Emmm tak terucap kesyukuran di hati ni, hubbyla org yg paling happy.

time tu hubby kat klcc. dia ade keje ckit..
balik keje petang tu, naik lrt.
Smpai setiawangsa, hubby amik.

dalm keta, hubby cakap, "Ayang, cuba tgok belakang..."
Mie pun tgokla, tup tup ada hamper dalam paper beg warna warnifamos amous..
terus tanya, sape punya.. heheh
abg pun terus senyum, abg cakap, "Abg beli nak bg ayang la. td abg g klcc. ada urusan kat dg.." tgah2 borak dlm keta, baru tau....
Rupanya hubby cancelkan appointment dia kul 6.30ptg ni.
Sebab nak bawak mie g makan kat CHENG HO - Chinese Islamic Seafood(kepunyaan amy search).
ni 1st time la makan kat sici. before that pnah buka pose kat sebelah kedai... Kopitiam ape ntah, dah lupa. Lokasinya wgsa maju..
emm memandangkan mie tak tau nak makan ape (sebab loya je), hubby orderla siakap steam soy sauce.
Menu sikit je, nanti tak abis :
Siakap steam soy sauce
Vege Mix Soup (without ajinomoto cam biasa)
Karisma Blended
dan lain2...
memadailah 2 tangki perut yg kecik ni makan... hehehe

pastu balik umah, singgah kedai jap, bli kismis, pastu tgok tv, pastu iron baju, pastu tdo..

mmg penat arini..
gd nite...

Tuesday, October 21, 2008

Seindah Wanita Akhir Zaman

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Email Dari Seorang Sahabat...

Hari ni rasa happy...
Syukurla Allah masih lg bagi peluang untuk kita menghirup udara..
Harini juga dapat email dr seorang sahabat...

Sama2 kita hayatinya...
Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya : Sayang, abang baru membaca sebuah artikeldalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ..."

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baikkerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidurdan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

"Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 mukasurat... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...
"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya."Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya. Bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya.. Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang ...

"Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan oranglain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yangSEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki...Wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kitakerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYAALLAH."

Monday, October 20, 2008

Testing version

Just nak testing je ...
Tak pernah wat blog pun..