Monday, November 10, 2008

Cetusan

Arini rasa loya je...
Dah seminggu lebih tak lunch...
Emmmm entahlah...Kena bersabar..
Pagi td abang anta lg sampai ofis...
Balik ni wallahua'lam..
Sekarang ni, waktu lunch, tapi tak lunch... coz takleh bau kafe... nak muntah lg..

Sabtu, mie rehat je kat umah.
Sambil basuh baju2 keje abg n mie.
Yg lain, abg dah basuhkan dah.. Tinggal yg 'fragile' n 'white' je mie basuh.. Haahaaa

Sabtu malam, mie n hubby n kwn2 hubby g wedding abg ajai, kat Jln Ampang. Nma tempat tu, "Kg. Pengantin". Majlis start 8.30.

after register, nama we all kat table 23..
nak jd crita, ada kawan2 abg yg patutnya duk 1 table dgn kami tak dtg, so bykler mknn lebih..
Hehe... mknn pun ok jer, syukurla rezeki aritu..
Mie tak makan sgt pun. just terus makan desert je.

Ke Dapur????Sabtu n ahad pun hubby yg byk kat dapur.
Pg semalam g pasar dato' keramat..
Sampai sana, ujan lebat sgt..

Emm nasib baik ader abang. dia yg belikan semua2. abg cakap ni 1st time dia g pasar seumur hidup untuk belikan lauk2 mentah untuk umah sendiri.
Sebelum ni ada beli ayam, tp kat tesco, giant, c4... itu je.. tak penah g pasar.
Takpela, at least abg willing to do..
Lunch semalam abg yg masak.. Mie cuma masak sayur je. Sebab sayur tak de bau..
So, mie takdela rasa loya..

Seronok tgok abg buat keje dapur.
cepat pulak tu..
Dia siang ikan lg cepat berbanding mie...
Huhu..
Pastu kami makanla...

Mie makan dlm 4 suap je, pastu takleh dah...
Alamatnya abgla yg abiskan lauk, taknak membazir katakan...
cuma simpan sikit utk dinner nanti.
Heheeh..
Terima kasih abg sebab memahami keadaan diri ni..


Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

~Author Unknown~

Thursday, November 6, 2008

Syukur....

Salam..
Dah lama tak post new entry kat sini..
Emm entahla...
Lately tak sempat + malas nak type.
Hehehe
Bl diimbau kembali zaman2 dulu, ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita berduka..
Sama macam sekarang...
Cuma beza 1 je, kena pandai kawal diri.. huhu

Badan macam tak berapa sihat.
Dah 2 minggu dah hubby anta dtg ofis, kadang2 kesian juga kat dia..
04 nov 2008 aritu g Klinik Menara kat Tgkat 26...

Emm syukur sgt bila doc bgtau smthing..
Pastu mie trus sms hubby.
Emmm tak terucap kesyukuran di hati ni, hubbyla org yg paling happy.

time tu hubby kat klcc. dia ade keje ckit..
balik keje petang tu, naik lrt.
Smpai setiawangsa, hubby amik.

dalm keta, hubby cakap, "Ayang, cuba tgok belakang..."
Mie pun tgokla, tup tup ada hamper dalam paper beg warna warnifamos amous..
terus tanya, sape punya.. heheh
abg pun terus senyum, abg cakap, "Abg beli nak bg ayang la. td abg g klcc. ada urusan kat dg.." tgah2 borak dlm keta, baru tau....
Rupanya hubby cancelkan appointment dia kul 6.30ptg ni.
Sebab nak bawak mie g makan kat CHENG HO - Chinese Islamic Seafood(kepunyaan amy search).
ni 1st time la makan kat sici. before that pnah buka pose kat sebelah kedai... Kopitiam ape ntah, dah lupa. Lokasinya wgsa maju..
emm memandangkan mie tak tau nak makan ape (sebab loya je), hubby orderla siakap steam soy sauce.
Menu sikit je, nanti tak abis :
Siakap steam soy sauce
Vege Mix Soup (without ajinomoto cam biasa)
Karisma Blended
dan lain2...
memadailah 2 tangki perut yg kecik ni makan... hehehe

pastu balik umah, singgah kedai jap, bli kismis, pastu tgok tv, pastu iron baju, pastu tdo..

mmg penat arini..
gd nite...